Categories
Publication

Laporan Teknikal Sungai Kelian dan Sungai Kechil

Pengenalan

Satu kajian telah dijalankan pada Jun-Oktober 2019 ke atas dua sistem sungai di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Kajian ini merupakan satu komponen berkait rapat dengan projek kesedaran sungai yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan sungai dalam kehidupan kita. Untuk mendapatkan pemahaman ini dalam konteks tempatan, menjadi keperluan untuk mengetahui sungai-sungai di dalam kawasan kajian.

Peta 1: Sistem-sistem Sungai Kelian dan Sungai Kechil.

Tujuan

Tujuan kajian ini adalah untuk memetakan dan mendokumentasikan
sistem-sistem sungai dan bagaimana perubahan guna tanah disekeliling sungai memberi kesan kepada sifat sungai serta persepsi penduduk tempatan terhadap sungai tersebut.

Aspek Kajian

Kajian ini merangkumi aspek-aspek yang berikut:

  1. Pemetaan sistem-sistem sungai dan perubahan sungai berdasarkan informasi yang dikumpul daripada peta lama, gambaran satelit, video dron dan pemeriksaan lapangan;
  2. Meninjau flora di lapangan, terutamanya terhadap habitat semulajadi di dalam bukit-bukau;
  3. Mendokumentasikan perubahan kepada guna tanah dan sungai, dan perubahan kepada keadaan sungai-sungai berdasarkan temu ramah yang dijalankan dengan PBAPP dan para penduduk tempatan;
  4. Mengkaji dan mendokumentasikan kualiti air sungai dan punca pencemaran yang berkaitan; dan
  5. Mengenal pasti isu-isu dan pelbagai peluang untuk memperbaiki keadaan sungai di Tanjung Bungah.

Sekiranya anda tinggal di kawasan Tanjung Bungah atau sekitarnya, jangan lepaskan peluang untuk membaca laporan penuh Sungai Kelian dan Sungai Kechil di pautan di bawah

Leave a Reply