Categories
Government

Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2020 (Penggantian)

Dokumen terbaru Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera telah dimuatnaik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Orang ramai diminta memuat turun dan membaca serta memberi pandangan kepada pihak berkuasa bermula 26 Oktober 2020 sehingga 28 Disember 2020.

Muat turun dokumen

Sila muat turun dokumen tersebut di sini:

Bantahan

Segala bantahan boleh diisi dalam borang dibawah dan dihantar terus ke pejabat

PLANMALAYSIA@PULAU PINANG
Tingkat 57, KOMTAR,
10000 George Town,
PULAU PINANG
Tel: +604 650 5276
Fax: +604 263 7580

Sila muat turun dan cetak borang bantahan melalui pautan dibawah:

Pameran selama 2 bulan

Dokumen dan pameran draf ini akan dijalankan selama 2 bulan, bermula 26 Oktober 2020 sehingga 28 Disember 2020. Pameran draf pembangunan akan berjalan di tiga tempat iaitu:

  • Ruang Legar MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (MBPP), TINGKAT 3, KOMTAR
  • RUANG LEGAR MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PRAI (MPSP), JALAN PERDA UTAMA, BUKIT MERTAJAM
  • STESEN BAWAH BUKIT BENDERA, JALAN BUKIT BENDERA, AIR ITAM.

Orang ramai dijemput hadir untuk memberi pandangan atau bantahan sekiranya tidak setuju. Orang ramai juga diingatkan untuk mematuhi segala SOP COVID-19 untuk kesejahteraan awam.

Sumber: http://jpbd.penang.gov.my/index.php/ms/draf-laporan-rancangan-kawasan-khas-bukit-bendera-rkk-bb-2020-penggantian