Penang Hills Watch: Dato Sharom menulis ke Berita Harian mengenai lapuran yang tidak tepat

Yang Mulia Saudara Yusri

Pada 31 Oktober 2016, saudara telah melapor upucara pelancaran “Penang Hills Watch” yang di pengerusikan oleh saya di bawah tajuk “Hutan di Pulau Pinang didakwa semakin kecil”.

Dalam laporan tersebut ,saudara telah mendakwa bahawa saya mengatakan “keadaan itu berpunca dari aktiviti pembangunan
tidak terancang dan penarahan bukit secara berleluasan yang dikatakan gagal diselia oleh kerajaan DAP Pulau Pinamg”.

Izinkan saya bertanya bila yang saya buat kenyataan saperti yang saudara dakwa?

Apa yang saya nyatakan sebagai pengerusi upucara tersebut adalah tiga perkara:

  1. Semua agama bersetuju yang alam semula jadi adah ciptaan Tuhan dan manusia perlu memiliharanya sebaik mungkin. Musnahnya alam semula jadi, musnahlah manusia.
  2. Kawasan bukit dan hutan di Pulau Pinang mengikut angka Jabatan Perhutanan ialah hanya 7.4 peratus. Dari jumlah ini, 6 peratus adalah hutan lindung. Oleh yang demikian, kita wajib menentukan yang warisan semulajadi ini dipelihara sebaik mungkin.
  3. Penang Hills Watch adalah usaha Penang Forum melibat penduduk Pulau Pinang melapor secara tepat sebanyak mungkin kegiatan penebasan bukt bukau. Dengan cara ini Penang Forum bertujuan bekerasama dan membantu kerajaan negeri, majlis-majlis perbandaran dan agensi-agensi kerajaan memantau dan memilihara warisan penting ini.

Saya mohon jasa baik dan ehsan saudara untuk membuat pembetulan atas nama kebenaran dan kejujuran

Dengan ikhlas,
Dato Dr Sharom Ahmat

Ahli jawatankuasa pemandu Penang Forum

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s