Jalan ke arah kebodohan: Adakah pembinaan lebih banyak jalanraya akan menyelesaikan kesesakan lalulintas?

Diterjemahkan dari rencana asal oleh Dr Lim Mah Hui, ahli majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang:

Kepercayaan konvensional tersilap

Lazimnya dipercayai perluasan jalan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas. Ini masih dipercayai oleh jurutera dan pemimpin politik kita. Namun begitu, kebijaksanaan konventional telah dan sekali lagi di buktikan salah. Bahkan, naluri yang sebaliknya adalah betul i.e. perluasan jalan akan mencipta lebih banyak kesesakan lalulintas. Walaupun naluri ini tidak tampak, tetapi bukti fakta jelas terpampang.

Dari Bangkok ke Beijng, jalinan lebuhraya tanpa penghujung hanya menerukkan lagi kesesakan lalulintas. Beijing bermula dengan satu jalan lingkaran luar untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar. Hari ini, ia memiliki lapan jalan lingkaran luar dan lalulintas menjadi bertambah sesak!

Bukti terkini tentang kegagalan pembinaan jalan dan perubahan kepada paradigm baru ini datang dari Sylvester Turner, datuk bandar Houston, sebuah bandar bertumpuan kereta. Pada April 2016, beliau mengakui bahawa bandar tersebut telah membelanjakan US$2.6 bilion (RM10 bilion) untuk membina lebuhraya terluas di dunia dengan 26 lorong dan ini hanya menerukkan lagi kesesakan lalulintas. Beliau kemudiannya menggalakkan paradigma baru – beralih dari perluasan jalan kepada penyelesaian dengan pengangkutan awam, menggalakkan perkongsian kereta dan pengkhususan lorong untuk pengangkutan yang mempunyai ramai penumpang (HOV).

Sebab perluasan jalan akan menerukkan kesesakan lalulintas

Amerika Syarikat telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk mengurangkan kesesakan dengan memperluaskan jalan, namun ini hanya MENCIPTA lebih banyak perjalanan kereta yang baru yang tidak akan berlaku tanpa perluasan jalan. Mengapa? Ini kerana meningkatkan penawaran jalan hanya akan mencipta lebih banyak permintaan untuk penggunaannya. Dua perkara akan berlaku. Pertamanya, seperti yang di ramal oleh seorang ahli matematik, Braess berdekad yang lalu, pemandu kereta yang biasanya mengambil jalan alternatif akan mula bertumpu pada jalan yang telah diperluaskan ini, dan seterusnya mengakibatkan kesesakan. Keduanya, orang ramai yang sebelumnya menggunakan pengangkutan awam atau lain-lain kaedah pengangkutan kini akan memilih untuk memandu kerana ia adalah lebih selesa. Jadi, kita akan kembali pada keadaan asal; tetapi dengan kedukan kewangan dan alam sekitar yang lebih teruk.

Meskipun terdapat bukti yang amat kukuh, Pulau Pinang, yang membanggai diri sebagai berpandangan jauh dan memimpin sebenarnya masih terperangkap dalam sangkar masa.

Menggerakkan kereta bukannya orang – Realiti Pulau Pinang

Walaupun slogan pengangkutan kerajaan negeri Pulau Pinang ialah menggerakkan orang, bukannya kereta, ia sebenarnya melakukan yang sebaliknya. Ini dapat dilihat daripada rancangan pengangkutannya yang mengutamakan pembinaan jalan dari sudut masa, mahupun perbelanjaannya.

Di bawah rancangan pengangkutan Halcrow, 61% daripada RM27 bilion diperuntukkan untuk penambahbaikan jalan dan bangunan. Di bawah cadangan fasa pertama rancangan pengangkutan SRS, 50% diperuntukkan untuk membina jalan. Ini jelas menggerakkan kereta, bukannya orang.

Fasa pertama rancangan pengangkutan SRS mencadangkan pembinaan Jalinan Seluruh Pulau (PIL1) dan laluan LRT dari George Town ke Pulau SRS B antara 2017 – 2022. PIL1 dijangka menelan belanja RM6.1 bilion manakala laluan LRT pula RM6.2 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM12.3 bilion.

Bencana sekiranya menggalakkan penggunaan kereta dan pengangkutan awam pada masa yang sama

Sekiranya kerajaan negeri serius untuk meningkatkan peratusan penggunaan pengangkutan awam dari hanya 3% kini ke 40% pada 2030 (yang sebenarnya tidak realistik dalam cadangan SRS), ia seharusnya membelanjakan kebanyakan, jika tidak, semua peruntukan untuk membina pengangkutan awam dan bukannya jalan.

Namun begitu, strategi kerajaan Pulau Pinang kini yang mengutamakan dan memberi pelaburan yang lebih tinggi untuk lebuhraya hanya akan menggalakkan pemilik kereta untuk memandu dan menggunakan lebuhraya, terutamanya apabila ia adalah percuma. Ini tidak akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Cadangan SRS untuk membelanjakan RM6 bilion untuk membina Jalinan Seluruh Pulau (PIL1) ke lapangan terbang akan mengurangkan perjalanan dari utara ke selatan ke 15 minit. Dan tiada tol akan dikutip.

Keseluruhan strategi ini mempunyai pelbagai kesilapan asas sejak dari awal. Sekiranya ia adalah lebih murah dan cepat untuk menggunakan PIL ke lapangan terbang, orang ramai tidak akan menaiki LRT tetapi kereta.

Ini akan menyebabkan bencana kewangan apabila pengunaan pengangkutan awam berkurang. Contohnya, penggunaan LRT KL Putra hanya mencapai 3% dari jangkaan penggunaannya pada 1999 dan 44% selepas empat tahun ia beroperasi.

Pengalaman di KL-Klang jelas menunjukkan kebodohan strategi gagal ini yang meskipun dengan dua laluan LRT dan 1 laluan MRT, peratusan penggunaan pengangkutan awam telah jatuh dari 40% pada 1970-an kepada 17% pada 2014 seperti dalam graf dibawah.

KL public transport graph

Sumber: Jeff Tan (2008); SPAD; Wikipedia

Kegagalan kewangan strategi tidak seimbang

Tambahan pula, pengalaman kewangan buruk dua syarikat LRT (SMART dan PUTRA) dan KL Monorail seharusnya membuka mata Pulau Pinang. Kedua-dua syarikat LRT tersebut mengalami masalah kewangan pada tahun pertama operasi mereka (sekitar 1998/99) akibat kekurangan penggunaannya dan perlu di selamatkan oleh kerajaan persekutuan. Dalam kes KL Monorail, kerajaan telah memberikan pinjaman mudah sebanyak RM300 juta.

Kemudiannya pada November 2001, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan bon sebanyak RM5.5 bilion untuk membeli hutang kedua-dua syarikat LRT (Jeff Tan, 2008: 114).

Untuk sistem pengangkutan awam berjaya, kita perlu mempunyai faktor tarik dan tolak. Faktor tarik ialah pemberian sistem pengangkutan awam yang selesa, tepati waktu, kerap, murah, mudah dicapai dan bersambung rapat.

Namun begitu, faktor ini sahaja tidak cukup. Kerajaan seharusnya mempunyai keinginan politik untuk menjalankan langkah-langkah polisi tolak, iaitu dengan tidak menggalakkan penggunaan kenderaan persendirian seperti meletakkan caj meletak kereta yang tinggi, menghadkan ruangan meletak kereta, dan mengenakan caj kesesakan jalan.

Hanya menjalankan salah satu langkah tidak akan memberikan hasil.

Rujukan

Jeff Tan, 2008 Privatization in Malaysia (Routledge).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s